Objektif


  1. mewujudkan satu saluran penyampaian maklumat latihan yang menyeluruh dan sistematik kepada semua pegawai dan kakitangan dibawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

  2. memberikan kemudahan kepada semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat permohonan menghadiri latihan atas talian (e-Kursus);

  3. mewujudkan satu rekod permohonan, pencalonan, pemilihan dan kehadiran latihan yang lebih tersusun, lengkap dan sistematik;

  4. memberi kemudahan kepada CLK, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk membuat perancangan, jadual kursus dan penilaian tahunan;

  5. menyediakan akses yang cepat kepada maklumat kehadiran aktiviti latihan setiap anggota yang mana ianya boleh dibentangkan dalam Mesyuarat Jabatan / Pengurusan / Sumber Manusia di peringkat jabatan masing-masing;

  6. memudahkan CLK dalam menyediakan analisis keberkesanan dan pencapaian / prestasi sepanjang tahun terhadap kakitangan masing-masing (inisiatif diambil daripada teguran Pengauditan ISO dan Star Rating; dan

  7. memastikan setiap kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui penyediaan laporan yang terperinci berdasarkan individu dan jabatan.