Dasar Latihan


  1. Sistem e-Kursus merupakan aplikasi web untuk pegawai dan kakitangan dibawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membuat permohonan kursus, semakan keputusan kursus, penawaran kursus, penilaian kursus dan sistem e-log latihan secara online yang dianjurkan Cawangan Latihan dan Kompetensi.

  2. Pembangunan sistem ini adalah menjadi suatu keperluan memandangkan pihak Kerajaan Negeri Selangor dipertanggung-jawabkan terhadap perlaksanaan latihan sepanjang tahun melalui Cawangan Latihan dan Kompetensi (CLK).

  3. Cadangan Pembangunan Sistem ini merupakan satu inisiatif untuk memperkemaskan lagi pengurusan latihan yang merangkumi proses-proses yang melibatkan permohonan dan jemputan latihan, pengesahan kehadiran, pengemaskinian dan perekodan kehadiran latihan di kalangan kakitangan awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan juga memudahkan pengurusan rekod kehadiran latihan mereka.

  4. Pelaksanaan projek ini adalah merupakan inisiatif yang diambil bagi transformasi pengurusan latihan secara manual kepada kaedah atas talian “online” yang lebih mesra pengguna, mudah diselenggara dan menjadi salah satu saluran komunikasi penyampaian maklumat latihan yang boleh dicapai oleh kakitangan Kerajaan Negeri Selangor pada bila bila masa.